|
|
Kepakaran dan pengalaman yang dimiliki adalah satu aset penting untuk memulakan sesuatu bidang pemasaran. Program ini akan melengkapkan diri usahawan dengan kepakaran dan pengetahuan bagi meningkatkan tahap profesionalisme usahawan dalam bidang pemasaran. |
|
Tujuan |
- Melahirkan lebih ramai usahawan pemasar yang professional, dinamik dan mempunyai jaringan perniagaan yang kukuh.
- Membolehkan usahawan menyediakan rancangan perniagaan dan strategi pemsaran yang lebih berkesan.
- Memberi dan mendedahkan usahawan dengan setiap perubahan serta maklumat pasaran yang terkini.
|
Skop Perkhidmatan |
Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut:
- Lawatan.
- Latihan (Kursus, Seminar, Bengkel, Dialog dan lain-lain).
- Maklumat pasaran.
- Sangkutan industri.
- Mentor-mentee.
- Pemadanan Perniagaan 'Business Matching'.
- Direktori Perniagaan.
|
Syarat-syarat mendapatkan perkhidmatan |
- Semua usahawan PKS Asas Tani adalah layak memohon.
- Berdaftar dengan FAMA.
|
Cara-cara memohon |
Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari Cawangan Industri Asas Tani, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA Negeri yang berhampiran. |
No comments:
Post a Comment