Home

Saturday, March 25, 2023

Menu wajib bawa balik kampung setiap kali raya. Sedapnya!



 Assalamualaikum semua

Bila tiba bulan Ramadhan pastinya ramai yang datang ke Kuala Lumpur untuk membeli belah persiapan bulan puasa dan juga raya kan. 

Setiap kali raya mesti ada menu wajib di atas meja makan. Kiranya tak sahlah tanpa menu tersebut. 

Berikut adalah senarai menu wajib ada atau bawa balik kampung. 

1.  Ketupat Palas

Ketupat ada 2 jenis. Ada ketupat nasi, ada juga ketupat palas. Oleh kerana kesibukan kerja, ramai orang memilih untuk membeli ketupat siap rebus atau ketupat frozen untuk bawa balik kampung. Tinggal nk rebus ja.  Bagi pelanggan serunding mokteh yang tinggal di sekitar lembah klang, bolehlah mokteh delivery jika korang nak

2. Lemang 




Lemang merupakan simbolik hari raya. Sudah  tentulah tak sah tanpa lemang. Jangan risau jika korang tak pandai masak lemang. Lemang terjual banyak di tepi jalan menjelang raya. 

3. Rendang 

Dah ada ketupat dan lemang pastinya gu dia pun kena ada iaitu rendang. Tak kisahlah rendang ayam atau daging. Makan bersama ketupat, kelubis, lemang pasti bertambah tambah. Hehe. 

4. Kuah lodeh

Kalau takde rendang, kuah lodeh pun jadi. Ni yang buat diet ke laut. Haha. Kuah kekuningan bersama sayur-sayuran pasti membangkitkan selera. 

5. Kuah kacang


Dah ada ketupat nasi, lemang. Mestilah ada kuah kacang baru mengancam. Biasanya dimakan bersama sate. Tapi bila tiba raya pekena dengan ketupat nasi. Yum. 

6. Serunding 


Ini adalah kawan baik ketupat palas dan lemang. Jika rendang da habis, jangan risau serunding boleh menambah selera menu raya anda. Kelebihan dia pastinya tahan lama. Jadi jika ada tetamu datang mengejut, tinggal hidang sahaja.  Dan pastinya ini adalah feveret customer serunding mokteh. 

7. Dodol

Kuih tradisi yang menjadi pilihan ketika raya. Lagi- lagi dodol yang dimasak oleh nenek or mak mak kita. Rasanya uhm membangkitkan nostalgia zmn budak- budak. 

8. Bahulu


Ini lagi satu kuih tradisi yang menjadi favorit. Lagi - lagi bila beraya waktu petang. Cicah dengan air panas. Yum sedapnya. Walaupun banyak kuih moden di atas meja, pastinya kuih bahulu tetap menjadi pilihan lebih2 bila menziarah rumah tok dan nenek. 

9. Rempeyek

Ni dia kuih tradisional yang wajib setiap rumah bila raya. Macam-macam perisa ada. Ada kacang hijau, ikan bilis, kacang tanah. Bila makan yang rangup, boleh habis sebalang. Lagi - lagi bila sembang. 

10. Laksa 


Selain ketupat, lemang, rendang serta nasi. Laksa juga menjadi menu utama sampingan hidangan hari raya.  Bau kuahnya pasti membuatkan kita tak boleh mengabaikannya haha. 

 nak oder serunding bolehhh pm 🤗 

Kami juga ada simpul kasih, lemang, ketupat palas frozen(delivery only) 

Tekan sini



No comments:

Post a Comment