Home

Saturday, October 19, 2013

Serunding Ayam Mokteh





Assalammualaikum
Hai semua.
Serunding ayam adalah salah satu produk serundingmokteh yang terlaris di pasaran.
Kali ini, Serundingmokteh akan kongsikan cara untuk membuat serunding ayam di rumah.

Bahan-bahan
1 kg isi ayam
1 kg santan
3 genggam jintan kasar
3 gengam ketumbar
500 gram bawang besar
10 ulas bawang putih
2 senduk gula, 
5 senduk cili kasar(bergantung pada citarasa-jika nak pedas,lebihkan)
1 paket kerisik
Minyak untuk menumis
1 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara memasak: 

  1. Rebus isi ayam sampai empuk dan boleh disiat-siat halus.
  2. Isi ayam yg telah disiat ditoskan
  3. Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia - ready utk tumis.
  4. Jintan dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) seterusnya diblend kasar-kasar sedikit, hancur sangat tak sedap.
  5. Tumiskan bwg tadi bersama cili kisar, biar garing sebentar
  6. Masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend
  7. Masukkan santan
  8. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik
  9. Last masukkan air asam
  10. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing baru angkat


Lebih mudah... tempah serunding ayam di Serunding Mokteh.hihi
Boleh beli 100 gram,200 gram,500 gram atau berkilo-kilo.(^_^)V
Hubungi kami di Fb SerundingMokteh<----klik font="" sini="">

Serunding Ayam boleh di makan bersama
  • Bubur
  • Nasi
  • Ketupat Palas
  • Ketupat Nasi
  • Pulut
  • Lemang
  • Roti
  • Burger
  • dan pelbagai menu lain(ikut kreativiti)

Jangan risau, serunding mokteh tahan lama dan sesuai di bawa untuk bagi sesiapa yang suka "travel",mengerjakan umrah/haji. belajar dan menetap di luar negara

klik untuk tempahan : serunding mokteh


No comments: