Assalammualaikum,
nak tahu cara buat pulut kuning serunding. Di sini serunding mokteh akan kongsi resepi dari Chef Hanieliza
Bahan-Bahan
1kg beras pulut
2 cawan santan
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
500 gram serunding ayam/daging mokteh
2 helai daun pandan
Cara membuat:
- Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh dan ditapi selama 4/5 jam
- Toskan dan masukkan ke dalam bekas kukus yang berlubang
- Kukus sehinggan naik wap
- Campurkan santan dengan gula dan garam dan kacau sebati
- Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar
- Tuangkan santan dan kacau rata
- Masukkan semula pulut dalam kukusan bersama dau pandan dan kukus lagi hingga naik wap
- Keluarkan separuh pulut yang telah masak dan tekan dalam acuan atau loyang
- Lapiskan dengan serunding daging/ayam mokteh
- Masukkan lagi sebahagian pulut dan tekan kemas
- Terbalikkan dalam pinggan dan hidangkan
Selamat mencuba. Dapatkan serunding mokteh
No comments:
Post a Comment