Bila tiba bulan Ramadhan pastinya ramai yang datang ke Kuala Lumpur untuk membeli belah persiapan bulan puasa dan juga raya kan.
Setiap kali raya mesti ada menu wajib di atas meja makan. Kiranya tak sahlah tanpa menu tersebut.
Berikut adalah senarai menu wajib ada atau bawa balik kampung.
1. Ketupat Palas
Ketupat ada 2 jenis. Ada ketupat nasi, ada juga ketupat palas. Oleh kerana kesibukan kerja, ramai orang memilih untuk membeli ketupat siap rebus atau ketupat frozen untuk bawa balik kampung. Tinggal nk rebus ja. Bagi pelanggan serunding mokteh yang tinggal di sekitar lembah klang, bolehlah mokteh delivery jika korang nak
2. Lemang
Lemang merupakan simbolik hari raya. Sudah tentulah tak sah tanpa lemang. Jangan risau jika korang tak pandai masak lemang. Lemang terjual banyak di tepi jalan menjelang raya.
3. Rendang
Dah ada ketupat dan lemang pastinya gu dia pun kena ada iaitu rendang. Tak kisahlah rendang ayam atau daging. Makan bersama ketupat, kelubis, lemang pasti bertambah tambah. Hehe.
4. Kuah lodeh
Kalau takde rendang, kuah lodeh pun jadi. Ni yang buat diet ke laut. Haha. Kuah kekuningan bersama sayur-sayuran pasti membangkitkan selera.
5. Kuah kacang
Dah ada ketupat nasi, lemang. Mestilah ada kuah kacang baru mengancam. Biasanya dimakan bersama sate. Tapi bila tiba raya pekena dengan ketupat nasi. Yum.
6. Serunding
7. Dodol
Kuih tradisi yang menjadi pilihan ketika raya. Lagi- lagi dodol yang dimasak oleh nenek or mak mak kita. Rasanya uhm membangkitkan nostalgia zmn budak- budak.
8. Bahulu
Ini lagi satu kuih tradisi yang menjadi favorit. Lagi - lagi bila beraya waktu petang. Cicah dengan air panas. Yum sedapnya. Walaupun banyak kuih moden di atas meja, pastinya kuih bahulu tetap menjadi pilihan lebih2 bila menziarah rumah tok dan nenek.
9. Rempeyek
Ni dia kuih tradisional yang wajib setiap rumah bila raya. Macam-macam perisa ada. Ada kacang hijau, ikan bilis, kacang tanah. Bila makan yang rangup, boleh habis sebalang. Lagi - lagi bila sembang.
10. Laksa
Selain ketupat, lemang, rendang serta nasi. Laksa juga menjadi menu utama sampingan hidangan hari raya. Bau kuahnya pasti membuatkan kita tak boleh mengabaikannya haha.
nak oder serunding bolehhh pm 🤗
Kami juga ada simpul kasih, lemang, ketupat palas frozen(delivery only)
No comments:
Post a Comment