Home

Monday, June 12, 2017

Resepi: Cara Buat Almond Crunchy Karamel


Assalamualaikum,
Raya dah dekat, dah buat kuih raya belum. Kalau belum, apa kata korang buat biskut almond crunchy. Memang sedap. Rupanya mudah je buat.Jangan terkejut kalau tiada sebarang gula digunakan dalam resepi ini, kerana tepung florentine mempunyai bahan campuran yang cukup,


Cara penyediaan:
Sediakan bahan-bahan:

  • 500 gram tepung Florentine
  • 300 gram badam keping
  • 200gram kuaci hijau(pumpkin seeds)
  • 200 gram kuaci putih(sunflower seeds)
  • sedikit bijan putih
  • sedikit bijan hitam

Cara masak:
  1. Panaskan oven kepada suhu 160C
  2. Bakar kekacang tersebut selama 10 minit/ hingga rangup.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Gaulkan tepung florentine bersama kekacang.
  5. Letakkan pelapik non stick baking paper diatas loyang.(supaya biskut tak melekat
  6. Kemudian, ratakan adunan di atas loyang, dan nipiskan.
  7. Bakar pada suhu 16C selama 7 minit
  8. Angkat dan terus potong biskut menjadi kepingan kecil ketika panas. Kalau potong masa biskut sejuk,ia mudah pecah.Potong menggunakan pizza roller atau pisau panjang.

4. Gaulkan tepung dan kekacang


5.letakan pelapik non stick baking paper ikut size loyang

6. ratakan adunan di atas loyang, dan nipiskan.

almond crunchy yang siap untuk dibakar.

8. potong almond crunchy yang siap dimasak ketika masih panas,potong dengan pizza roller.


inilah rupa almond crunchy yang dah siap.


No comments: