Home

Tuesday, June 6, 2017

Tips Shopping Raya di Jalan TAR( Tunku Abdul Rahman)


Assalammualaikum,
Dah buat persiapan raya? Cari tempat shopping yang pelbagai dan harga murah?
Jawapannya: Bazar Ramadhan Jalan TAR(Tunku Abdul Rahman) yang terkenal sebagai syurga membeli belah

Pengangkutan:



Seperti yang anda sedia maklum, agak sukar memparkir kenderaan di Jalan TAR terutama hujung minggu.
Pilihan #1:
Naik Kenderaan Awam

  • LRT. Turun di LRT Masjid Jamek
Pilihan #2
Pandu Kereta
Kalau tiada pilihan untuk memandu sendiri, Pilihan parking:
  •  Sogo-
  • Area CapSquare- Seberang Jakel. RM2 per entry
  • Jakel Mall
  • Bangunan CIMB
  • Pertama Compleks
  • Bangunan MARA
  • Sekitar Jalan Bunos
 Kawasan terbuka- RM10
Basement- RM3-4 sejam

Apa yang dijual di Jalan TAR?

  • Pakaian kanak-kanak semurah RM5
  • Baju Melayu
  • Baju kurung - Boleh dapat 3 helai RM100 
  • Pelbagai hiasan rumah- langsir, alas meja, bunga, lampu
  • Kerongsang semurah  RM1
  • Tudung semurah RM5
  • Kuih raya
  • Kekacang -  serendah rm 10 sebungkus je
Pelbagai fesyen, warna
  •  Datang awal sementara size masih ada.

Kedai makanan- untuk berbuka

Banyak kedai sekitarnya untuk anda berbuka 

Tips shopping:
  • Waktu untuk shopping
eloklah siang, tak ramai sangat
Kalau malam, sesak- terutama yang bawa anak-anak kecil
  • Sentiasa ALERT dengan WALLET  dan BEG DUIT ANDA
Jika anda terleka, mungkin anda diseluk saku, atau beg anda ditoreh menggunakan pisau, dan wallet anda hilang tanpa anda sedari. Hati- Hati.Elakkan membawa terlalu banyak wang tunai. Bawa duit ikut bajet, Boleh elak pembaziran. Kalau tak cukup, banyak ATM sekitarnya.
  • Belajar tawar menawar 
Tawar menawar agar anda dapat harga lebih murah dari dipaparkan. Kadang-kadang boleh dapat separuh harga daripada ditawarkan.
  • Jalan-jalan survey harga dulu sebelum beli
Banyak peniaga yang jual barangan yang sama, so apa kata anda survey dahulu untuk dapat barangan dengan harga lebih rendah.
  • Pastikan anda memakai sandal je bila shopping, kang jenuh lenguh kaki. 

Selepas shopping persiapan raya, pastikan anda singgah booth Serunding Mokteh di jalan Campbell untuk serunding. Tak lengkap raya tanpa serunding.



No comments: